Ditulis oleh Manager Sekata 23 September 2010
Selayang Pandang
SELAMAT DATANG Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat).
Koperasi yang mulanya dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Kakitangan Bank Rakyat telah beroperasi sejak 23 September 1974 dan memulakan operasinya di Bangunan Bank Rakyat, Jln Tangsi Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, pada 30 Jun 1997 nama koperasi ini telah ditukar kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) dengan nombor pendaftaran 4958.

Keanggotaan koperasi terdiri daripada wargakerja tetap Bank Kerjasama Rakyat Malaysia BerhadĀ (Bank Rakyat), anak-anak syarikat Bank Rakyat dan kakitangan Koperasi sendiri. Bagi kakitangan Bank Rakyat yang telah bersara juga boleh meneruskan keanggotaannya. Sehingga tahun berakhir 31 Disember 2012, jumlah anggota yang berdaftar adalah seramai 3,982 orang yang mana 184 orang daripada jumlah tersebut merupakan anggota bersara.
Kecemerlangan dan kejayaan SEKATARAKYAT adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ini telah dibuktikan dengan penerimaan Sijil Penarafan Koperasi (4 bintang) dan lebih membanggakan apabila SEKATARAKYAT berada dikedudukan ke-28 daripada 100 koperasi terbaik di Malaysia pada tahun 2010. Kedudukan ini merupakan lonjakan daripada kedudukan ke-39 pada tahun 2009.
Artikel lain...
- Mula
- Sblm
- 1
- 2
- Seterusnya
- Tamat
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL









