Skip to content

Perniagaan Ar-Rahnu merupakan antara inisiatif Sekatarakyat  untuk menambahkan pendapatan koperasi. Aktiviti ini merupakan penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan tahunan Sekatarakyat selepas pembiayaan.

Sehingga kini Sekatarakyat mempunyai 12 cawangan Ar-Rahnu yang bertempat di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Seremban 2.

Konsep perniagaannya yang berlandaskan syariah telah menarik ramai para penggadai untuk menggadai barangan emas mereka dengan kadar upah simpanan 07% berbanding dengan 0.2% di pajak gadai konvensional.